KOTA KINABALU – Kemelut politik di Sabah memasuki episod baharu selepas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan mengenai laporan terbabit namun beliau enggan mengulas lanjut. “Benar, kami menerima laporan berhubung perkara ini tetapi maaf setakat ini tiada sebarang kenyataan akan diberikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Dipercayai, laporan polis tersebut adalah susulan daripada tindakan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah pada Khamis lalu yang memfailkan writ…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya