ROMBAKAN besar-besaran terus dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila secara rasminya menamatkan kontrak bekas penjaring terbanyak Liga Super 2017, Mohammad Ghaddar. Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, The Red Warriors (TRW) terpaksa melupakan khidmat Ghaddar selepas pemain itu mengalami kecederaan yang memaksa dia berehat panjang. “Bagi makluman semua, penamatan kontrak antara KAFA dengan Ghaddar dibuat secara persetujuan bersama. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung perkara berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam. Sebelum ini, KAFA membuat kejutan apabila membawa masuk Ghaddar sebelum pintu pendaftaran pemain ditutup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya