PULAU PINANG 14 Mei – Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan hari ini. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini, Kon Yeow, 60, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota buat penggal ketiga berturut-turut selepas memperoleh 9,278 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), H’ng Koon Lee (1,470) dan calon Parti Bersama Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya