RAJA pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan terpaksa menerima hakikat gagal meraih pingat emas acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia disebabkan kesilapan teknikal. Sebaliknya, Khairul, 19, sekadar menamatkan aksi final 100m di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam di tempat kelima dengan catatan masa tidak memberangsangkan iaitu 10.64 saat (s). Apa tidaknya, catatan itu dianggap pencapaian buruk buat Khairul kerana ia terlalu jauh jika dibandingkan rekod kebangsaan miliknya 10.18s yang dilakukan pada 2016 serta catatan tahunan terbaiknya tahun ini iaitu 10.34s. Pemenang pingat emas Sukan SEA…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya