PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull melapor diri di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 10.29 pagi ini. Mohd. Shukri disambut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki dan pengarah serta pegawai-pegawai kanan di lobi utama ibu pejabat SPRM. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menamakan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang melepaskan jawatan tersebut pada Selasa lepas. Difahamkan, Mohd. Shukri telah menerima perkenan daripada Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhamad V menerusi satu surat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya