SEREMBAN 21 Mei – Seorang lelaki warga Nigeria maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Taman Semarak utama, Nilai di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Audu Oyaele David, 34, meninggal dunia apabila kereta Proton Saga FLX yang dipandunya terbalik selepas bertembung dengan kereta jenis Lexus dipandu seorang wanita warga tempatan. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 8.31 pagi dan seramai lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan memberi bantuan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya