KUALA LUMPUR 14 Mei – Beberapa kenderaan kelihatan memasuki perkarangan kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak pagi tadi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lebih 10 kenderaan keluar masuk ke kediaman terbabit yang terletak di di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini. Selain itu, kenderaan polis juga kelihatan selain pondok kawalan polis yang ditempatkan di situ sejak kelmarin. Difahamkan, kira-kira 30 ahli Kelab Najib Razak turut hadir ke kediaman terbabit pada pagi tadi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya