PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yakin mengenai keupayaan kerajaan untuk menghormati kewajipannya membayar hutang berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), sekali gus memberi isyarat positif kepada pasaran kewangan. Beliau berkata, kerajaan masih mempunyai dana untuk membayar obligasi hutang syarikat pelaburan negara itu dan kerajaan sekarang komited untuk menyelesaikan masalah berkenaan. “Kami akan menghormati kewajipan antarabangsa dan ini akan meyakinkan pasaran bahawa kerajaan menyedari tindakan yang sedang dilakukannya dan kerajaan juga mesra pasaran dan mematuhi norma kewangan antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Kementerian Kewangan (MoF) pertamanya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya