KUALA LUMPUR 30 Mei – Pengumuman hanya 50 peratus potongan kadar tol untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri oleh kerajaan Pakatan Harapan menyerlahkan bahawa mungkin kerajaan telah menyedari realiti bahawa penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata, pengumuman tersebut ternyata bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji untuk menghapuskan tol di seluruh negara demi meringankan beban rakyat. “Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bukan saja hampa kerana tidak dapat tol percuma, malah masih perlu keluar duit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya