KOTA KINABALU – Kerajaan negeri bersedia mengenalpasti pelan baharu untuk menggantikan cadangan pembinaan Empangan Kaiduan di Penampang bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan sekitar. Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata, kerajaan negeri akan mengkaji semula cadangan pembinaan empangan itu kerana wujud bantahan dalam kalangan penduduk setempat. “Cadangan pembinaan empangan Kaiduan telah lama dan ia merupakan pelan projek kerajaan terdahulu. “Kita sedar wujud bantahan dalam kalangan penduduk setempat.…










