IPOH – Keputusan terkini yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 12.45 tengah malam tadi masih belum menunjukkan tanda-tanda siapa yang bakal menerajui kerajaan negeri Perak. Barisan Nasional (BN) kini mendahului jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan memenangi 18 daripada 59 kerusi berbanding PKR yang hanya memenangi 14 kerusi. Bagi kerusi Parlimen, PKR memenangi 7 kerusi manakala BN hanya menang 6 kerusi dan baki 11 kerusi masih belum diumumkan. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya