KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozman Isli mengekalkan kerusi Parlimen Labuan selepas memperoleh 10,164 undi dengan majoriti 1,450 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Rozman mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas menewaskan pesaingnya daripada calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Noor Halim Zaini (8,714), calon Harapan, Siti Zaleha S.W. Ibrahim (925) dan calon PAS, Ahmad Junid @ Junit Mohd Aling (1,555). Jumlah pemilih berdaftar 28,356 dengan peratus keluar mengundi 76.6 peratus. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya