KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Negara bakal mengumumkan keputusan mengenai pemansuhan kutipan tol selewatnya-lewatnya minggu hadapan. Ahli majlis tersebut yang juga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, perkara tersebut masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14. “Buat masa ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat pemegang konsesi lebuh raya dan pemegang saham. “Kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaaan rakyat negara ini,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya