PULAU PINANG – Skuad Harimau Kumbang terus tertekan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Perdana selepas penyerang utamanya, Ken Ilso Larsen mengumumkan angkat kaki daripada terus menyarung jersi pasukan berkenaan. Mengumumkan perkara itu menerusi Instagram, Ken, 32, mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepadanya menyarung jersi pasukan itu bermula awal tahun ini. “Kadangkala perkara tidak berlaku seperti yang kita harapkan dan tidak ada sesiapa yang wajar dipersalahkan. “Hari ini saya mengambil keputusan menghantar surat untuk mengundur diri daripada pasukan ini. Terima kasih,” tulisnya semalam yang mendapat lebih 7,000 tanda suka (Like).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya