PETALING JAYA- Kira-kira 3,000 penyokong setia Datuk Seri Anwar Ibrahim membanjiri perkarangan Padang Timur di sini malam ini bagi meraikan kemunculan sulung pemimpin tersebut selepas dibebaskan daripada hukuman penjara. Laungan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’ terus bergema di perhimpunan berkenaan sebaik sahaja ketibaan Ketua Umum PKR itu pada pukul 9.40 malam. Ketibaan Anwar diiringi oleh isterinya juga bakal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. Turut mengiringi Anwar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Pribumi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya