PUTRAJAYA 22 Mei – Kementerian Kewangan telah menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berjumlah RM5.05 bilion. “Perkara ini mengesahkan syak wasangka umum mengenai 1MDB telah mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah dibayar menerusi eksesais rasionalisasi yang berjaya. Sedangkan, Kementerian Kewangan yang selama ini menyelamatkan 1MDB. “Lebih buruk, senarai pembayaran terkini hanya membabitkan faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC. Mereka belum lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya