SIAPAKAH jurubahasa isyarat? Apakah signifikannya mereka ini kepada orang pekak di negara kita? Melihat dan mendengar keluhan orang pekak sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu memberi ruang untuk saya mengangkat isu yang diuar-uarkan dalam media sosial iaitu isu jurubahasa isyarat (JBI) bagi tujuan diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. Dalam media sosial terutamanya Facebook memaparkan kekecewaan orang pekak (OP) tentang ketiadaan perkhidmatan jurubahasa isyarat yang menjadi jambatan komunikasi kepada golongan ini untuk mendapatkan maklumat terkini perkembangan senario politik negara. Mereka adalah sebahagian pemilih dalam mencorak sesebuah negara turut ingin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya