REMBAU 20 Mei – Tindakan pantas seorang pelajar lelaki mengejutkan rakan-rakannya yang tidur berjaya menyelamatkan nyawa mereka dalam kebakaran di asrama Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Kampung Chengkau dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Ahmad Mirza Khairudin, 17, tersedar daripada tidur apabila terhidu bau asap di asrama yang didiami 85 pelajar lelaki sekolah itu. “Saya terbangun dan terasa bahang api di bawah katil. Ketika itu saya masih mengantuk dan berasa seperti bermimpi. Saya kemudian ternampak asap hitam dan menyedari ada kebakaran, lalu berlari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya