PASUKAN Negeri Sembilan terus dirundung malang apabila kekal terperosok di tangga terbawah Liga Super setelah tewas 1-2 kepada Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Sentuhan jurulatih baharu dari Portugal, Mario Lemos yang menggantikan Azraai Khor Abdullah Khamis lalu belum membuahkan hasil positif buat skuad Hobin Jang Hobin. Negeri Sembilan yang terdesak mencari kemenangan dikejutkan dengan gol pertama pasukan pelawat menerusi jaringan Liridon Krasniqi pada minit kelapan. Skuad Helang Merah yang dibimbing Mohd. Nidzam Adzha Yusoff tidak menunggu lama untuk menambah derita pasukan tuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya