KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak yang tercampak dari kenderaan dalam insiden yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini malam tadi, kemungkinan tidak memakai tali pinggang keledar, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail. Aidi mengulas mengenai video yang tular di Facebook mengenai seorang kanak-kanak yang nyaris maut setelah tercampak keluar dari kereta dinaikinya. “Sekiranya tali pinggang keledar dipakai, kanak-kanak itu tidak akan tercampak keluar dari kereta walaupun pintu kereta terbuka (sama ada tidak ditutup rapat atau dibuka oleh kanak-kanak) semasa kenderaan bergerak,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya