KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini kekal pada kadar minimum RM7. Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata, kadar itu dikira berdasarkan harga pasaran beras Gred Super Tempatan 10 peratus dan lima peratus hancur. Menurutnya, bagi individu yang menggunakan beras Super Import pula, kadar bayaran zakat fitrah mereka bersamaan dengan nilai 2.6 kilogram beras tersebut. “Dimaklumkan bahawa zakat fitrah bagi Terengganu tahun ini hanya boleh dibayar menggunakan wang tunai sahaja dan pembayaran tersebut boleh dibuat di mana-mana kaunter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya