PUTRAJAYA 21 Mei – Warganegara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo hari ini sekali lagi bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini. Beliau kelihatan memasuki perkarangan bangunan menaiki kereta jenis Mercedes Benz itu kira-kira pukul 12.45 petang dan dilihat keluar pada pukul 2 petang. Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown turut dikatakan akan bertemu Dr. Mahathir hari ini. Justo dilaporkan telah bertemu Dr. Mahathir kelmarin. Dia merupakan orang penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya