SEBERANG PERAI – Seorang jururawat wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan tiga buah kenderaan lain di kilometer 8.1 Lebuh Raya Butterworth-Kulim dekat Kubang Semang di sini kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa, Nur Hidayah Mahmud, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. Menurutnya, kemalangan itu melibatkan kereta mangsa jenis Perodua Viva dengan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kereta jenis Toyota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya