KUALA LUMPUR – Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya. Jurucakap bekas Perdana Menteri dalam kenyataan lewat malam kelmarin berkata, ia turut mengandungi beberapa dokumen antaranya sijil perkahwinan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. “Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” katanya. Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka dengan menggunakan kepakaran tukang kunci…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya