GAZA CITY 19 Mei – Dua penduduk Palestin meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas ditembak oleh tentera Israel pada Isnin lalu semasa bantahan besar-besaran di Semenanjung Gaza. Menurut kenyataan pergerakan Hamas, Mohammed Mazen Alyan, 20, ditembak di kem pelarian Al-Bureij manakala Moein Abdel-Hamid Al-Saai, 50, ditembak di timur bandar ini. Jumlah penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sehingga Isnin lalu meningkat 60 orang. – AFP habis
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya