LYON – Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres mengakui meraih kejuaraan di pentas final Liga Europa awal pagi semalam telah berjaya merealisasikan impian yang diidam-idamkan sejak kecil. Atletico berjaya menundukkan Marseille 3-0 pada aksi final tersebut di Lyon, sekali gus menjulang trofi keenam mereka sepanjang berada di bawah kendalian Diego Simeone. Ia merupakan trofi pertama Torres ketika bersama Atletico selepas menghabiskan masa selama 11 musim bersama Rojiblancos. Pentas final tersebut merupakan penampilan terakhirnya bersama Atletico selepas dia dijangka meninggalkan kelab tersebut penghujung musim ini. Torres diturunkan pada minit ke-90 setelah melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya