ISKANDAR PUTERI – Johor bakal muncul sebagai pengeluar lembu daging terbesar negara menerusi penternakan lembu yang dicadangkan di Muar, Segamat dan Pagoh. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan segera. “Saya telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) sebelum ini. Satu kertas cadangan ke kabinet akan saya bawa untuk teruskan projek ini yang objektifnya sangat baik untuk membekalkan 30 peratus keperluan daging tempatan. “Insya-Allah, sekiranya projek ini diluluskan Kabinet dengan peruntukan diberikan, Johor akan menjadi hab penternakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya