BAGI individu yang sememangnya suka berjalan dan menerokai tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia, mereka pasti pernah berkunjung ke Pulau Pinang. Sinonim dengan panggilan Pulau Mutiara, negeri itu mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Salah satu lokasi yang boleh diterokai di pulau itu ialah Jeti Chew. Jeti Chew yang merupakan antara beberapa jeti tradisional yang menjadi tempat berlabuh kapal-kapal dagang sekitar tahun 1900-an masih didiami waris generasi terawal pada hari ini. Banyak sejarah awal Pulau Pinang dari aspek budaya dan komuniti penghuninya boleh diperhatikan di lokasi itu. Terletak berhampiran dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya