skuad Jepun berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara Piala Uber setelah menewaskan Thailand 3-0 pada aksi final di Arena Impact, Bangkok, Thailand semalam. Jepun memperoleh mata pertama menerusi Akane Yamaguhci yang menewaskan Ratchanok Intanon 21-15, 21-19. pasangan Yuki Fukushima-Sayaka Hirota kemudian meneruskan rentak cemerlang negara matahari terbit itu apabila mudah menewaskan pasangan, Jongkolphan Kititharakul-Puttita Supajirakul 21-18, 21-12 untuk meraih mata kedua. Jepun dinobatkan sebagai juara apabila meraih mata kemenangan menerusi Nozomi Okuhara yang mengalahkan Nitchaon Jindapol 21-12, 21-9 Kemenangan yang diraih pasukan wanita itu menjadi inspirasi buat skuad lelaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya