PASIR SALAK – Tiga beradik yang maut akibat ditetak oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah di Bagan Datuk petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap di sini sebentar tadi. Jenazah ketiga-tiga beradik iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.10 malam ini, sebelum pengebumian selesai kira-kira pukul 10 malam. Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang datang memberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya