JOHOR BAHRU 24 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada Liga Super apabila mengutip tiga mata selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam tadi. Dua gol jaringan Gonzalo Cabrera membantu Harimau Selatan mengutip 28 mata selepas mengharungi 11 perlawanan menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Perak yang mengutip 20 mata. Gol pembukaan pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-32 hasil jaringan Cabrera yang mendapat umpanan cantik Nazmi Faiz untuk meletakkan JDT di hadapan. Dua pemain import baharu, Harry Novillo dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya