GUA MUSANG 22 Mei – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan menyelamatkan seorang wanita Orang Asli yang diserang sawan dari Kampung Chemal, Pos Belatim ke Hospital Gua Musang di sini, semalam. Perephid Kamal, 23, dilaporkan mengalami sawan, demam dan muntah-muntah sejak dua hari lalu menyebabkan tubuh badannya lemah, hilang selera makan serta tidak berdaya untuk berjalan. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farhan Marzuki berkata, wanita itu dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital. Kata beliau, pihaknya berlepas dari Pangkalan Udara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya