PULAU PINANG 23 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bersedia melakukan pindaan terhadap Perlembagaan negeri bagi membolehkan jawatan Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja seperti yang terkandung dalam manifesto mereka sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. CHOW KON YEOW Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pindaan itu boleh dibuat tanpa sebarang halangan memandangkan Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti melebihi dua pertiga seperti yang disyaratkan sebelum membuat sebarang pindaan berkaitan. Justeru, beliau telah meminta Penasihat Undang-undang negeri mengkaji serta meneliti klausa atau perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya