KUALA TERENGGANU 13 Mei – Dewan Pemuda Pas Pusat berharap kerajaan Persekutuan yang baharu tidak mengetepikan hak-hak negeri Terengganu dan Kelantan untuk memperoleh royalti minyak sebagai sumber hasil bagi membangunkan negeri dan rakyat. Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, itu merupakan salah satu persoalan penting dalam konteks semangat federalisme ketika rakyat di kedua-dua negeri itu memberi mandat kepada Pas untuk memerintah dalam keadaan Putrajaya di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang tidak sehaluan. Katanya, kerajaan Persekutuan tidak harus mengulangi tindakan yang diambil ketika kerajaan Pas memerintah Terengganu pada 1999 apabila royalti ditarik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya