KHAMIS lalu, dengan tidak semena-mena, nama Perlis iaitu negeri paling kecil di negara ini menjadi sensasi dan tumpuan seluruh masyarakat serta media-media massa yang kebanyakkannya memaparkan laporan mengenainya di muka hadapan akhbar masing-masing pada keesokan harinya. Isunya, Datuk Seri Azlan Man iaitu Menteri Besar yang diperkenan dilantik Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ‘dipulaukan’ sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Watikah Pelantikan Menteri Besar tersebut sehingga mengundang kemurkaan Tuanku Syed Sirajuddin selain dikecam oleh rakyat negeri ini. Pada hari yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya