PADA suatu ketika dahulu, boleh dilihat anak muda menggunakan tembok-tembok atau dinding untuk meluahkan perasaan mereka. Mereka meluahkan isi hati tatkala berada dalam keadaan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahan atau kegembiraan. Namun, perkara itu semakin berubah semenjak pengasas Facebook, Mark Zuckerberg membina laman sosial itu. Orang ramai menjadikan media sosial termasuk Facebook sebagai tempat meluahkan perasaan dan berbicara perkara-perkara yang membuang masa. Ada juga yang menjadikan medium itu untuk merendah-rendahkan orang lain. Kelakuan yang dikenali sebagai sindrom tall poppy (STP) itu akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. STP berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya