PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin JIM bagi mengutip dana bagi misi bantuan dan aktiviti kemanusiaan untuk warga Palestin. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu antara fokus dalam mesyuarat pegawai JIM dan Aman Palestin yang dipengerusikannya di ibu pejabat JIM di sini bagi membincangkan isu-isu kemanusiaan berhubung Palestin serta langkah-langkah kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua-dua pihak. Katanya, mesyuarat itu merupakan satu platform bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan isu-isu kemanusiaan di Palestin, kesucian Baitulmaqdis dan isu-isu imigresen yang memerlukan pemerhatian dan penelitian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya