SEPERTI gumpalan awan hitam yang sarat mengendong hujan, barangkali begitulah metafora yang sesuai untuk mendefinisikan gejolak emosi yang bersarang dalam diri Syafiq Kyle pada saat ini. Masakan tidak, sejak video lucah milik lelaki yang mirip Syafiq tersebar di internet pada Ahad lalu, segala perhatian masyarakat tertumpu kepada pelakon drama bersiri Nur itu. Masing-masing dilihat tidak menang tangan ‘berperang’ di laman sosial, memberikan justifikasi tersendiri tanpa mendengar sendiri kenyataan daripada tuan empunya badan. Hampir dua hari berdiam diri, Syafiq akhirnya bersuara dan menjelaskan tentang situasinya menerusi kemas kini di Instagram. Mengakui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya