KANGAR – Tiga calon Menteri Besar Perlis enggan mengulas dan mengesahkan mereka bakal menjadi Menteri Besar Perlis yang kelapan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang merupakan adik bongsu Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim enggan memberikan sebarang komen ketika cuba dihubungi hari ini. “Biar Tuanku (Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail) memutuskan segala-galanya,” katanya. Dalam pada itu, ADUN Santan, Azizan Sulaiman turut menyerahkan kepada kebijaksanaan Raja Perlis untuk memilih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya