PETALING JAYA 15 Mei – Pusat beli-belah IKANO Power Centre (IPC) di Mutiara Damansara, Petaling Jaya memperkenalkan kempen Kitar Semula dan Beli Balik untuk menggalakkan amalan kitar semula serta pengurangan sisa pepejal. Pengurus Pemasaran Pusat Beli Belah IPC, Eleanor Lo berkata, program yang berlangsung sehingga 3 Jun ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menjual semula barang-barang kitar semula dan menebus ganjaran menarik yang disediakan. “Pengunjung hanya perlu membawa sekurang-kurangnya tiga kilogram bahan buangan seperti surat khabar, botol plastik dan tin alumunium,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini. Menurut Eleanor,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya