HOBI melancong dalam kalangan remaja bukanlah perkara asing. Tambahan pula golongan tersebut sememangnya terkenal sebagai mereka yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, selain gemar meneroka pengalaman baharu. Bagi sesetengah orang, hobi tersebut mungkin dikatakan sebagai aktiviti ‘elit’, menyebabkan pembaziran masa dan wang ringgit. Namun Intan Shafina mempunyai pandangan tersendiri berkaitan hal itu. Gadis berusia 25 tahun ini, berkata, masyarakat perlu mengubah pandangan negatif tersebut. “Aktiviti ini perlu dilihat sebagai medium untuk menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai kehidupan dan budaya masyarakat lain yang sudah tentu berbeza dengan tempat sendiri,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya