SURABAYA – Beberapa pengebom bunuh diri membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan puluhan yang lain dalam serangan ke atas tiga buah gereja berasingan di bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya semasa upacara keagamaan pagi semalam. Polis berkata, sekurang-kurangnya lima pengebom bunuh diri terlibat, termasuk seorang yang menaiki motosikal dan seorang wanita bersama dua kanak-kanak, demikian menurut agensi berita Associated Press. “Empat orang maut dalam serangan pertama di Gereja Roman Katholik Santa Maria,” jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera memberitahu pemberita. Menurutnya, seramai 41 orang cedera di lokasi itu termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya