KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dijangka berada dalam aliran meningkat kepada paras 1,880 minggu depan, dipacu oleh peningkatan harga minyak mentah, dasar monetari yang akomodatif dan sentimen pengguna lebih baik. Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd., Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan berkata, pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka menambah baik sentimen pengguna serta meningkatkan kaunter pengguna. “Langkah GST pada kadar sifar peratus ini akan melonjakkan penggunaan swasta,” katanya di sini semalam. Nazri menjelaskan, harga minyak mentah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya