IPOH 18 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak yang maut ditetak dalam kejadian amuk di rumah mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Rungkup di sini semalam, sempat menghubungi sepupunya bagi meminta bantuan. Sepupu mangsa yang ingin dikenali sebagai Zul, 38, berkata, wanita tersebut yang menghubunginya dalam keadaan cemas memberitahu suspek sedang cuba untuk memecah masuk ke rumah mereka dalam keadaan marah dan menjerit-jerit. Katanya, perbualan itu bagaimanapun terhenti setelah telefon bimbit tersebut dipercayai terlepas daripada pegangan mangsa. “Zuraidah hubungi saya minta tolong, selepas itu saya hanya mendengar jeritannya dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya