JAKARTA, Indonesia – Tindakan ibu bapa yang didakwa sengaja membiarkan dua kanak-kanak perempuan ‘menunggang’ seekor ular sawa gergasi di sini mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna internet. Satu rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kedua-dua anak kecil itu bermain dengan reptilia gergasi yang tergolong sebagai salah seekor ular paling berat dan terpanjang di dunia. Lokasi sebenar rakaman tidak didedahkan. Kedua-dua kanak-kanak itu dilihat memanjat dan duduk di atas ular sawa berkenaan sambil melemparkan senyuman ke arah kamera rakaman. Tiada mana-mana orang dewasa dilihat berada berhampiran mereka atau mengawasi keadaan. Ular…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya