KUALA LUMPUR 27 Mei – Cuaca hujan tidak menghalang kira-kira 4,000 warga kota untuk bersama-sama memeriahkan program Iftar @ Kuala Lumpur 2018 (Iftar @ KL) bertempat di hadapan Bangunan Abdul Samad di Dataran Merdeka hari ini. Acara berbuka puasa beramai-ramai sambil menikmati panorama bandar raya bersama warga kota dan pelancong asing itu dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) setiap hujung minggu. Orang ramai yang sudah sedia mengambil tempat duduk walau bagaimanapun terpaksa dipindahkan ke Dataran Underground (ruangan bawah tanah Dataran Merdeka) apabila hujan mulai renyai kira-kira pukul 6.55 petang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya