KUALA LUMPUR – Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku petang ini di hampir semua negeri ketika rakyat Malaysia mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia di laman sesawangnya, Labuan sahaja diramalkan tidak mengalami keadaan itu. Keadaan itu boleh menjejaskan perancangan para pengundi yang ingin mengundi lewat petang ketika kebanyakan pusat mengundi ditutup pada 5 petang ini. Orang ramai dinasihatkan untuk merancang masa pengundian mereka. Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.met.gov.my. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya