KUALA LUMPUR 26 Mei – Pas mengingatkan semua pihak untuk menghormati institusi raja Melayu dan jangan sesekali menggores keutuhan serta kedaulatan institusi tersebut yang telah sekian lama menjadi naungan kepada rakyat Malaysia. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, institusi raja Melayu adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat dan melangkaui semua agama, kaum, bahasa, fahaman politik dan sebagainya. Menurut Tuan Ibrahim, ia adalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu. “Oleh itu, Pas menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya