KANGAR 13 Mei – Seruan perpaduan bukan sekadar slogan, sebaliknya hendaklah dipraktikkan supaya ia benar-benar dihayati oleh rakyat dalam hidupan seharian mereka, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Titah baginda, masyarakat yang bertanggungjawab dan cintakan keharmonian akan sanggup melakukan apa sahaja agar perpaduan antara rakyat berbilang kaum terus utuh, justeru, pihak berkepentingan disaran memperbanyakkan aktiviti yang dapat memupuk perpaduan dan jati diri rakyat. Baginda bertitah demikian semasa merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Negeri Perlis 2018 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini, hari ini. Raja Puan Muda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya