BANGKOK 19 Mei – Sehari sebelum kejohanan badminton Piala Thomas membuka tirai esok, Thailand, Denmark, China dan Jepun membuat sidang akhbar untuk memberitahu persiapan mereka dalam kejohanan kali ini. Nama Malaysia jarang kedengaran sepanjang sesi soal jawab hampir sejam itu berlangsung ketika jurulatih setiap negara ditanya tentang pencabar yang dijangka membawa pulang trofi. Hanya Ketua Jurulatih China, Xia Xuanze di hujung perbualan berkata, Malaysia mampu memberi tentangan, manakala jurulatih lain memilih China, Denmark, Indonesia serta Jepun sebagai calon juara. “Selepas dua kejohanan berturut-turut kami gagal muncul juara dan cabaran kali ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya